Ini pengalaman pertama saya berhadapan dengan masalah tekanan air rendah. Alhamdulillah berkat tolong kawan yang lebih berpengalaman masalah hampir berjaya diselesaikan.
Bagi sesetengah kawasan, tekanan air rendah adalah musuh utama Coway, kerana sebab ini penapis air Coway tidak dapat dipasang. Jika tuan puan tinggal di kawasan yang tekanan air rendah, memasang booster pump adalah satu cara penyelesaiannya.
Ada beberapa jenis booster pump yang dijual di pasaran, yang paling mahal (RM500-RM1000) ialah pam ke tangki utama. Tanpa pam ini, air tidak dapat masuk ke tangki simpanan.
Pam untuk Coway yang dimaksudkan ialah Reverse Osmosis Booster Pump yang mana dipasang terus dari sinki untuk memberi supply air berterusan kepada penapis air Coway. Harga pasaran booster pump Coway ini ialah sekitar RM280-RM300 bergantung kepada pembekal.
Update 2019: Jika anda ada masalah tersebut, hubungi ejen Coway berhampiran anda beli terus di Shopee. Kalau ada masalah low water pressure dan nakkan pemasangan pam untuk 1 rumah, hubungi En Zaidi untuk kawasan KL dan Selangor di talian 012-6383184.
Pingback: Coway Core untuk Rumah dan Pejabat - Penapis Air Coway Malaysia