Hai pengguna Coway!
Jika anda baru pindah rumah atau pejabat, anda nak reinstall semula Coway di alamat baru, berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda ikuti.
Langkah 1
Pertama sekali, bawa mesin Coway anda ke alamat baru dengan kereta atau menaiki lori yang sudah anda tempah bersama perabot anda.
Cara untuk pindahkan ialah potongkan tube oren/biru selepas daripada faucet. Jangan risau, technician akan pasang semula tube baru nanti.
Langkah 2
Setelah semua pemindahan fizikal selesai, call careline Coway di talian 1800888111 dan berikan alamat terbaru anda.
Technician Coway di kawasan baru anda akan datang dan buat pemasangan semula. Pemasangan baharu setiap tahun adalah percuma.
Terima kasih kerana setia dengan Coway!
