Kita biasa dengar BPA FREE di setiap botol susu bayi atau botol minuman yang kita beli. Tapi tahukah anda apa itu BPA dan kenapa botol itu bebas BPA?
1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
3. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.
4. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
- Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
- Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
Kita biasa terdengar orang pesan bahawa air botol yang disimpan dalam kereta di bawah terik matahari adalah bahaya. Jadi botol yang ada BPA bila dipanaskan akan menyebabkan BPA dipindahkan ke dalam air, seterusnya membahayakan peminumnya.
Hati hati ya! Semua produk Coway bebas daripada BPA. Selamat untuk ibu bapa dan bayi.
Jom order Coway anda sekarang, call 0176236508 ????